23.1.15

without the h

and love, is no longer love.

love is you

25.11.14

"aku perempuan kot"

This sure gonna hurt like hell if it didnt work out.

Love?

that silly smile
that stupid sound you make when you laugh.
that annoying face you did when u teasing me.
and that "ye saya"

do not stop doing that.

please?

Ya Allah, lama rasanya kau tidak memberi rezeki yang sebegini.



3.9.14

hello

i wonder if anybody read blog nowadays?

11.4.14

Bila yang tertulis untukku, adalah yang terbaik untukmu.
Kan ku jadikan kau kenangan yang terindah dalam hidupku,
Namun,
Takkan mudah bagiku meninggalkan jejak hidupmu
Yang telah terukir abadi,
Sebagai kenangan yang, terindah.

:')

7.5.13

tenang

lalu aku pergi
keluar dari cerita
dari janji
lari dari tiris syurga
pergi, sendiri

Tuhan sahaja yang tahu, 
sakitnya melangkah sendiri
ketika mereka saling berkasih
aku disabung harapan tinggi
ketika aku melambung termakan janji,
ikrar mereka, sehidup semati

sayang, pergilah.
pergi jauh dari mimpi,
bawa pergi semua kata sepi,
tentang suara hati, menangis, berulang kembali.


bilangkan memori indah,
bayangkan aku musnah.

9.4.13

dewa

atau aku yang bodoh
yang kononnya lemah selepas jatuh
tidak mahu berjalan, takut tersadung

atau ini cuma satu komersial panjang
untuk kita sama hela panjang
bebas, lari dari sejarah
cumanya, sejarah itu biar lapuk
tapi dikenang zaman.
dikenang
bukan di ingat

aku tahu frasa frasa manusia yang mendefinisikan
tentang zaman batu yang aku mahu bersenapang
pilih guna syiling cara barter
ingatan sejarah yang buat aku bodoh.
cuba hati sebelum jasad.

awak bilang hati itu tak boleh mati.
mukanya satu tak boleh baca


cumanya,
aku tahu membaca, cuma tak mahu ertikan.
aku takut itu jadi nyata.
aku tak mahu
pupus

27.1.13

seks-ed

awak tahu macam mana rasa dia,
diangkat tapi tak dipandang?

awak tahu macam mana rasa dia,
dirawan, tapi ditendang?
disayang, tapi dibuang
diatur, tak berjuang.


sudah tanggal berapa aku ini tiada syurganya
entah yang dunia, entah yang sana

salah..
aku?

salah aku yang pilih untuk berdiri sendiri?
salah aku yang pilih untuk sahihkan sendiri?
salah aku?
yang mahu berenang, tanpa kaki.

kelaknya kita ini digelar barah.
barah yang menolak darah.

kau pilih untuk jadi barah.
biar kau dibuang,
asal nafasnya tidak berlari lagi.
biar barah pergi bawa diri
sekurangnya kau tahu yang sakit ini,
esoknya mati.




tapi... saya ni manusia, bukan awak.

26.11.12

hik

rindu

11.11.12

akan datang satu hari bila kita semua berhenti
berhenti percaya dengan semua kemungkinan
lalunya kita duduk dan percaya dengan kewajipan
yang mana harinya kita makan
kemudiannya kita makan
dan makan
kita lupa untuk apa kita ketawa
kita lupa untuk apa kita menangis
perasaan itu seolah tiada hipotesis
semuanya keras. rigid
kita seolah tidak punya jawapan
untuk mengapa dan kenapa
tidak punya soalan
untuk aturan
semacam mayat, diam
kalian tahu siapa kita?
kalian tahu kenapa kita?




aku dah tak punya semangat

14.9.12

love

bukanlah hari ini istimewa untuk aku khususkan
bukan juga terlintas tiba tiba untuk aku beritahu

aku tidak pernah risau terlambat kerana hari hari aku gambarkan
tak pernah putus, setiap saat aku lalukan.

cumanya mungkin malu ini terlalu tebal, tidak aku laungkan
tidak aku luahkan.
dan bukan kerana tidak begini
aku tidak rindu
aku tidak sayang

untuk orang yang tidak pernah putus harapan
semasa aku setan
tidak pernah berkira
semasa aku di syurga

dan tidak akan aku buat kau menangis lagi
tidak lagi aku mahu buat kau menyesal dengan aku

untuk orang yang tidak pernah penat mendengar,
orang yang membuatkan istilah forever alone tiada makna bagiku.

i'll make it worth your while, someday.

Mak, i love you.

8.8.12

kita perlu

perlu berhenti menyalahkan takdir.
berhenti membabi erti.
berhenti berlari lagi.

kerana setiap apa yang kita lakukan itu,
tanggungannya kita.
yang manis, kita
yang pahit pun kita.

berhenti berlari dan rujuk semula.
dari yang awal
hingga yang kemudian.
atur, susun, elok.

janganlah kita kesalkan perkara yang kita buat.
kesalkan yang kita tidak.

:)

" Live your life "

13.4.12

terangsang

kalau aku mampu cabut dan bentangkan hati ini
sumpah aku lakukan
demi Tuhan yang maha agung
tidak mampu lagi aku gagah rasa ini
untuk telan pahit, sepahit madu
untuk rasa manis, semanis cuka
ahhhhh biar saja damba nya pada kasih
lantas aku hairan
bagaimana kalian bisa langkah tanpa teman
kalau pun subjektif.
mana muncul perkara tanpa tuan
mana muncul agama tanpa tuhan

kerana yang batilnya itu kita sedar,
pura pura manusia meragam
untuk tidak memesong waktu
sengaja.
semacam saitan sengaja menolak

mungkin sampai masa kita sama sama melangkah
kecil atau besar perkara
azali kita tentukan
dan mananya mereka yang mahu berpaling mengadah
bodohlah rezeki, jahanam 

kemudiannya aku senyum berlari laju
sengaja lari
benar sejalan, tetapi biar aku berlari
dan kalau dengan melihat aku lari
kau pun berlari
berhentilah berakal
sedekahkan

sampai mati abang, sampai mati

28.2.12

sayang

gigil dia mengggali
tak pernah diberitahu
lelahnya kerja
menggali dengan hati
yang rabak, kehilangan

ah celaka, mengalir lagi
tidak ditunja tidak berangin
turun sendiri
sama sama masin dengan keringat basi
lama dia berhenti, menghayati

untuk kali terakhir,
dia kucup bangkai keras itu
pergi mati dengan kotor, dengan kuman
dia peluk rapat
terduduk lagi dia.

di atur badannya elok
sentiasa comel, sentiasa manja
selamat jalan sayang

siapa sangka kuatnya begitu
siapa sangka gagahnya begitu
sial
sial
sial
kenapa kau tak cakap?


9.2.12

terima kasih orang tua

kebelakangan ini aku sibuk mencari hidup
cuba pelbagai cara untuk hidup
terus hidup
cari hidup

sedang mencari, datang seorang tua rapati aku
berjanggut putih panjang
katanya ringkas,

"nak, apa guna kau cari hidup, 
kalau kau sendiri tak hidup"

27.12.11

selalu kita menganjing
hari ini kita di anjing
hadam je semua.
bukan selalu kena samak 

:)

11.12.11

bila bila lah

hari tu kawan aku tanya pasal mati
mati kan org ni
mati kan org tu
senang betul mati sekarang.

dan kalau kau sebut meninggal, di tempat mati.
kau masuk neraka.

ya Tuhan. Kau bilang yg mencatit perbuatan kami itu raqib dan atid.
mana muncul ahmad, karim, jebat, tuah, dan rakan rakan seangkatan?


26.11.11

batu bodoh

aku teringin nak lawan keras manusia defensif.
serius.
tanpa bodohkan diri.
hentam balik orang orang ni.

tapi mana boleh.
nama pun defen.

16.11.11

ini cerita kita

yang dahulunya kita
pernah suatu masa dulu
sama sama kita asyik cuba melanggar hukum alam
kita sama tolak semua yg batil itu.
kita sama jadikan satu mimpi itu macam suatu macam kuasa
ini macam suatu turbin
yg mana padunya sendiri dtg dari alam
seakan kita bukan?

kita dahulu selamanya berpisah
seakan sains dengan sastera. 
mereka jauh.
tapi tujuannya sama.
tujuannya satu.

habis kita tolak yang pertama jadi kedua.
biar cerita kita jadi yang ke satu

belum pernah kita ini jatuh sehebat hebat jatuh.
rebah sehebat hebat rebah
kita masing masing punya cita sendiri.
biar ini jadi penanda kita.
penanda semua.

benar sama tujuan kita.
kita terbang sekali.
kita jatuh juga sekali.
ini benar.
tetapi, jika mungkin kita mampu tukar yg ruji harimau itu kepada sayuran.
akan saya tukar awak.
akan awak tukar saya.

kerana ini namanya hukum.
hukum ini atas darahmu ia mengalir.
dari segala macam yang rasuk dan keluar.
ianya hukum.

percayalah.
mereka yg melanggar hukum ini akan dihukum sendiri
kita sudah dihukum
cukuplah yang satu itu
yg mana kita akhirnya duduk
kita berdiri sendiri
atas bumi ini
kurniaan ini yang kita mahu sanjung sebenarnya.
bukannya mimpi.
mimpi kita, mimpi siapa siapa.

dan aku ini datang gembirakan manusia.
biarlah aku sendiri pergi sebelum kamu.
sudahnya aku lihat kau mampu senyum dan menyanyi
biar kan aku pergi

biar aku kejar mimpi ini seorang diri.

15.10.11

bohong;tipu

aku menolak dakwaan orang lama yang mana mereka sudah lebih makan garam dari kami.
kerana aku sudah bosan dengan orang tua yg memijak kepala
sudah muak dengan tolakan bersahaja.

kalau sungguh pun aku berhutang sesuatu.
akan aku lunas nanti bila ku mampu

atas segala sayang yang mulut ini luahkan
segala benci pada perubahan diri
sumpah.
aku bukan manusia yang menjatuhkan orang untuk naik.
ya. bila diam dikata bisu.
sudah berkata, dilontar nya peluru.
apa aku bisa panjangkan hela ku untuk kamu
aku rela. aku sanggup kerana aku tidak punya apa
aku tidak miliki apa apa untuk aku bangga dengan dunia
katakan aku sombong, terpulang
belum mampu aku pancarkan hati aku pada pawagam untuk tontonan kalian
sudah mampu nnt jangankan kamu, malaikat pun tunduk pada ku

untuk kalian yang pernah termakan hati atas segala kata kata ini
seikhlasnya aku sujud pada kalian
tiada tujuan menembak serong
tiada niat menombak belakang.
kalau kalian tidak selesa, aku kurangkan.
kalau kalian rasa perlu, aku tambahkan.
kerana aku sudah berjanji untuk bernafas bersama. aku pegang pada ini

cumanya, aku pohon untuk semua berikan sedikit perhatian
aku tidak mintak semua. 
cukup untuk buat hati aku tenang sementara.
aku bersyukur memiliki kalian.
kerana belum pernah aku jumpa semak aku melebihi kamu.
katakan, walau pun sakit.

kalau sehari aku mampu telan melebihi setahun makanan kamu
aku tolak bulat bulat ilmiah kamu.

kerana dahulunya mereka panggil garam.
kita sekarang punya sodium klorida.