9.4.13

dewa

atau aku yang bodoh
yang kononnya lemah selepas jatuh
tidak mahu berjalan, takut tersadung

atau ini cuma satu komersial panjang
untuk kita sama hela panjang
bebas, lari dari sejarah
cumanya, sejarah itu biar lapuk
tapi dikenang zaman.
dikenang
bukan di ingat

aku tahu frasa frasa manusia yang mendefinisikan
tentang zaman batu yang aku mahu bersenapang
pilih guna syiling cara barter
ingatan sejarah yang buat aku bodoh.
cuba hati sebelum jasad.

awak bilang hati itu tak boleh mati.
mukanya satu tak boleh baca


cumanya,
aku tahu membaca, cuma tak mahu ertikan.
aku takut itu jadi nyata.
aku tak mahu
pupus

1 comment: