27.1.13

seks-ed

awak tahu macam mana rasa dia,
diangkat tapi tak dipandang?

awak tahu macam mana rasa dia,
dirawan, tapi ditendang?
disayang, tapi dibuang
diatur, tak berjuang.


sudah tanggal berapa aku ini tiada syurganya
entah yang dunia, entah yang sana

salah..
aku?

salah aku yang pilih untuk berdiri sendiri?
salah aku yang pilih untuk sahihkan sendiri?
salah aku?
yang mahu berenang, tanpa kaki.

kelaknya kita ini digelar barah.
barah yang menolak darah.

kau pilih untuk jadi barah.
biar kau dibuang,
asal nafasnya tidak berlari lagi.
biar barah pergi bawa diri
sekurangnya kau tahu yang sakit ini,
esoknya mati.




tapi... saya ni manusia, bukan awak.

No comments:

Post a Comment