8.10.09

untuk awak

awak.
saya nak cakap satu benda.
saya cakap kat sini sbb sy lemah
tak cukup kuat nak ckp kat awak
harap awak faham

awak tahu kenapa kita jd mcmni.
sbb saya jeles.
awak selalu dgan dia.
walau kita tgah berkasih pun.
awak tetap dgan dia.
awak letak dia
atas dari saya.
apa apa jadi pun.
awak rujuk dia sebelum saya.
saya jeles.
saya cemburu.
saya benci dia.
kalau dia depan saya.
saya pukul dia sampai mati.

skrg ni.
awak pilih la.
saya ke dia.
tak terlambat lg.
awak fikirlah dulu.
saya taknak paksa.
tp sy nak awak tau.
saya tetap mcm dulu.
dan kalau awak pilih dia.
semoga bahagia.
mungkin itu yg terbaik untuk awak.
sbb dia lebih kenal awak.

EGO , aku harap kau jaga dia elok elok.
tau.
dia mungkin pilih kau nanti.
:(

28.9.09

entahla.

bila orang bagi satu.
adat lah.
bagi la sekurangnya 2.
Islam pon pesan.
kerana memberi lebih baik dari menerima.
yg paling penting.
janganlah bagi lembu makan burger sbb kau harap dia belanja kau burger
sakit lah.
sakit.



this world couldve been better without cokelat celup and forehead monster.



12.9.09

orang kata

sasar kat bulan.
kalau kau jatuh
kau jatuh kat awan.
tapi kau dah sasar ke matahari
kau fikir panjang konon nya
yang diharap
pabila jatuh
kau jatuh ke matahari
atau ke bintang bintang
tapi kau jatuh dengan lebih hebat.
momentum memasuki atmosfera mungkin
kau jatuh semula ke tapak
dalam lagi
ke kerak
impaknya ya Tuhan
hanya kau dan Dia saja tahu
dalam dan luar terasa
mungkin lumrah
dalam lebih terasa
tidak pulih
walaupun pelajar pelajar Malaysia di India
dipanggil untuk memuntahkan apa yg ditelan
selepas 10 tahun kau melihat dunia
acap kali kau cuba
dan cuba
untuk sampai sekurangnya di langit
gagal
gagal
dan gagal
persoalkan semua yang hebat
yang berambut putih
berkaca mata bulat
kononnya usaha tangga kejayaan
kau dah usaha
tetapi tiada tali
apatah lg tangga
persetankan apa yang orang kata
karut

kau mahu hidup sendiri
lihat dunia
aku masih berdiri
walaupun tidak dengan kaki
aku bertongkatkan ibu bapa , keluarga , dia dan masa depan
marilah mulut busuk
marilah

20.8.09

bukti

skrg ni
mulut tak boleh pakai dah.
sbb semua org mengaku ada bmw kat rumah.
ramai sgt naik bmw sape nak naik viva shahir ali.?

sbb semua org kata dia org dapat 4 flat setiap sem
ramai sgt dapat 4 flat tapi ramainya repeater.?

semua bgtau dia org gengster.
pantang kene tenung nak gaduh terus bak ang.!
gaduh sana sini tapi kenapa menggigil.?

laa ni kena ada bukti brader.
mai tunjuk kau punya kereta depan aku.
barulah aku boleh hebah kat org kau ada bmw.
mungkin itu yg kau mahu bukan.?
untuk dunia mengenali kau.?

bak mai ang punya slip.
barulah aku boleh frame letak kat dinding rumah
inspirasi mungkin.
tu yg kau nak.
supaya pecah terlalu kembang,

kau dtg sinilah.
pukul lah saya.
bawaklah sahabat kau yg mungkin ramai.
ramai kan.
aku ni kawan dengan sabah je.
meh meh.
mungkin jika berdepan kau lebih hebat daripada komunikasi lain.?
saya senang dipijak.
tetapi cubalah ye.?


cakap tarak guna.
tembak tarak kena.
buat tengok.
:)

29.6.09

tegurlah.

kalau tak.
kau tak tau
yang sombong rupanya malu
yang rendang rupanya galah
disangka tin rupanya ubi
disangka sampah rupanya emas

kalau tak tegur.
nanti org kata kau sombong.
hakikatnya kau malu.
peduli apa mereka.
wujudlah nanti pelbagai konspirasi
yang tidak enak.
tegurlah.
ye.?

kalau tiada yg menegur.
nanti kau bongkak.
katanya orang sempurna shje yg layak
kau tggu org sempurna.
tak perlu kiamat
skrg juga kau sedia dibakar

mungkin salah penterjemah
amal makruf nahi munkar
sepatutnya dijadikan
sempurna menasihati dan menjauhi kemungkaran
salahkan diri sendiri
kerana terlalu hebat untuk dinasihati
terlalu bongkak untuk diteguri

adalah mustahil untuk sempurna.
tetapi berbaloi mencubanya.
:)



26.6.09

esok.

jika esok tiada.
baik kau buat persiapan.
tinggalkan dan bawa apa yg patut.
supaya kau bersedia untuk menghadapi
dan menjalani sesuatu yg baru

jika esok tiada
segeralah kau merancang
halal dan wariskan apa yg patut.
supaya tiada pertelingkahan berlaku
tamak dan haloba semakin mengganas.
mungkin kata terakhir penyelamat.

jika esok tiada.
janganlah kau menyesal tggalkan keduniaan.
pergilah dengan aman.
dan jangan pulang.
hukum alam tidak harus dilanggar.

sebelum kau pergi.
pastikan org yg kau syg selamat selepas kau pergi.
nafsu terjaga
cukup ilmunya
walaupun dewasa
tanggungjawab kau masih terjaga
jika tidak
janganlah kau pulang
kerana kau pasti sedih
melihat darah kau.
bertelingkah
dan bercakar seperti hering merebut bangkai
dan harus ditekan tentang kejayaan
di dunia dan akhirat
kerana kelak kau pulang
kau aman
kau tidak menyesal.



lama dah tokpak pergi.

al-fatihah.
Ismail b. Abdullah.

24.6.09

janganlah begini.

penat dah
aku hidup dalam dunia
di mana manusia berlakon
untuk kepuasan diri
untuk kepentingan diri
untuk martabat diri

sahabat
janganla begini
sama sama belajar sembahyang
sama sama belajar maksiat
perlu ke
kau berpura lg.?

kawan
janganla begini
walaupun kenyataan kadangkala kejam
tp lebih baik begitu
daripada kau menipu
kau tipu diri kau
kau tipu sahabat kau

mungkin mudah bg kau.
kau beli ikan
murah segar senang
gembira kau
tp.
kau ada fikirkan nelayan.?
korbankan masa dengan keluarga
dengan orang tersyg.
untuk memberi makanan kepada kau
supaya kau kenyang gembira dan senang hati

setiap kali aku memberi
dan kau menerima
dengan senang
tanpa fikirkan aku
dunia aku
hidup aku
maruah aku!
tiada niat mengungkit
sedikit pon
sekurangnya
hargailah kawan kau
atau mungkin kau aggap sebagai kuli kau.

mungkin kau terlalu baik
naif
sehingga kau tidak mampu menolak
segala permintaan
kau turuti
dengan penuh ikhlas
dengan niat
mahu membantu
apa yg diharap
hanyalah sedikit penghargaan
cukuplah dengan ucapan terima kasih
boleh buat kau sedikit lega

sudahlah
aku penat begini
dah lelah
cukuplah
puas aku13 tahun.
aku telan semua
aku kunyah
hadam
dan terhenti

penat.
aku penat.