15.10.11

bohong;tipu

aku menolak dakwaan orang lama yang mana mereka sudah lebih makan garam dari kami.
kerana aku sudah bosan dengan orang tua yg memijak kepala
sudah muak dengan tolakan bersahaja.

kalau sungguh pun aku berhutang sesuatu.
akan aku lunas nanti bila ku mampu

atas segala sayang yang mulut ini luahkan
segala benci pada perubahan diri
sumpah.
aku bukan manusia yang menjatuhkan orang untuk naik.
ya. bila diam dikata bisu.
sudah berkata, dilontar nya peluru.
apa aku bisa panjangkan hela ku untuk kamu
aku rela. aku sanggup kerana aku tidak punya apa
aku tidak miliki apa apa untuk aku bangga dengan dunia
katakan aku sombong, terpulang
belum mampu aku pancarkan hati aku pada pawagam untuk tontonan kalian
sudah mampu nnt jangankan kamu, malaikat pun tunduk pada ku

untuk kalian yang pernah termakan hati atas segala kata kata ini
seikhlasnya aku sujud pada kalian
tiada tujuan menembak serong
tiada niat menombak belakang.
kalau kalian tidak selesa, aku kurangkan.
kalau kalian rasa perlu, aku tambahkan.
kerana aku sudah berjanji untuk bernafas bersama. aku pegang pada ini

cumanya, aku pohon untuk semua berikan sedikit perhatian
aku tidak mintak semua. 
cukup untuk buat hati aku tenang sementara.
aku bersyukur memiliki kalian.
kerana belum pernah aku jumpa semak aku melebihi kamu.
katakan, walau pun sakit.

kalau sehari aku mampu telan melebihi setahun makanan kamu
aku tolak bulat bulat ilmiah kamu.

kerana dahulunya mereka panggil garam.
kita sekarang punya sodium klorida.

2 comments: