16.11.11

ini cerita kita

yang dahulunya kita
pernah suatu masa dulu
sama sama kita asyik cuba melanggar hukum alam
kita sama tolak semua yg batil itu.
kita sama jadikan satu mimpi itu macam suatu macam kuasa
ini macam suatu turbin
yg mana padunya sendiri dtg dari alam
seakan kita bukan?

kita dahulu selamanya berpisah
seakan sains dengan sastera. 
mereka jauh.
tapi tujuannya sama.
tujuannya satu.

habis kita tolak yang pertama jadi kedua.
biar cerita kita jadi yang ke satu

belum pernah kita ini jatuh sehebat hebat jatuh.
rebah sehebat hebat rebah
kita masing masing punya cita sendiri.
biar ini jadi penanda kita.
penanda semua.

benar sama tujuan kita.
kita terbang sekali.
kita jatuh juga sekali.
ini benar.
tetapi, jika mungkin kita mampu tukar yg ruji harimau itu kepada sayuran.
akan saya tukar awak.
akan awak tukar saya.

kerana ini namanya hukum.
hukum ini atas darahmu ia mengalir.
dari segala macam yang rasuk dan keluar.
ianya hukum.

percayalah.
mereka yg melanggar hukum ini akan dihukum sendiri
kita sudah dihukum
cukuplah yang satu itu
yg mana kita akhirnya duduk
kita berdiri sendiri
atas bumi ini
kurniaan ini yang kita mahu sanjung sebenarnya.
bukannya mimpi.
mimpi kita, mimpi siapa siapa.

dan aku ini datang gembirakan manusia.
biarlah aku sendiri pergi sebelum kamu.
sudahnya aku lihat kau mampu senyum dan menyanyi
biar kan aku pergi

biar aku kejar mimpi ini seorang diri.

No comments:

Post a Comment