14.9.12

love

bukanlah hari ini istimewa untuk aku khususkan
bukan juga terlintas tiba tiba untuk aku beritahu

aku tidak pernah risau terlambat kerana hari hari aku gambarkan
tak pernah putus, setiap saat aku lalukan.

cumanya mungkin malu ini terlalu tebal, tidak aku laungkan
tidak aku luahkan.
dan bukan kerana tidak begini
aku tidak rindu
aku tidak sayang

untuk orang yang tidak pernah putus harapan
semasa aku setan
tidak pernah berkira
semasa aku di syurga

dan tidak akan aku buat kau menangis lagi
tidak lagi aku mahu buat kau menyesal dengan aku

untuk orang yang tidak pernah penat mendengar,
orang yang membuatkan istilah forever alone tiada makna bagiku.

i'll make it worth your while, someday.

Mak, i love you.

No comments:

Post a Comment