2.9.11

lagenda orang minyak

pernah kau ditanya tentang cinta kepada harta.
disoal tentang cinta kerana rupa
dan juga cinta ke atas benda.
jujurnya, kau suka menjaga hati.
tentang not not kertas bergambar,
kata kau, tidak.
tentang bayangan ,
kau bilang, tidak.
akhir sekali ke atas zarah zarah dunia,
kau tegas, tidak.
silapnya di situ,
bertanya tetapi tidak ditanya.
suluhnya, begini.
jika ada suatu benda pun yang aku gagahkan tanpa usaha.
sumpah, jika sedetik kau terpana
aku akan megah.
gagah dan bangga atas nama.
kau biarkan
kerana aku sudah tegar.
aku bangga di atas nama.
soalnya tentang bayangan kelopak
tidak lah kau mahu mencerca, atau mendarjatkan aku
tetapi lihatlah anggota kamar
mungkin langit menghina,
bumi hijau, disiram hujan.
ludah lah emas mahupun intan.
kau bukan jenis hamba yg gembira mengira bahan
gemarkan ketulenan hamba



bukan


kerana bagi aku yg indah itu budi pekertinya, santun-nya

No comments:

Post a Comment