22.6.11

untuk

ingin saya tekankan disini yg saya masih berdiri
sekalipun rapuh, tapi masih berdiri.
tegak.
segak.

kerana bukan semua hidupan lahirnya berdiri.
lalu aku bangga.
biarkan mereka ketawa tentang jilid jilid yg mereka tidak erti
akan sahihnya
mereka itu kafir.
mereka jahil tentang diri mereka sendiri.

kadang kala kita perlu mengelak.
si lembut berpaling.
kau tidak berpusing
jalan itu tidak dicipta untuk kau mati di tengah.
katakan yang kau pasti mati,
tidak tentunya tengah,
boleh jadi kiri
boleh jadi kanan
sekalipun neraka yang menghalang
pasti ada cara.
persetankan kafir kafir itu
kerana mulut itu mmg tercipta untuk berbicara
yang manis atau yang pahit
itu lumrah.
dan,
takkan terjadi doa tanpa benar.

kerana mereka tidak tahu dengan apa kau hidup
biarkan mereka kelak malu sendiri
atas doa doa yg diberi.



3 comments: