12.11.10

ambil jarak, bulan ke bumi
luahkan sesiapa yang tidak molek.
memang, sudah termaktub yg mana ianya, berdosa.
tapi tidak mengapa.
katanya, menjaga hati.
ikatan harus di ketatkan.

tapi bila kita beritahu.
dengan terang dan jujur.
sedikit kasar, mungkin.
tentang perkara yg sama di atas.
mungkin, mungkin kurang dosa.
tetapi katanya lebih elok kerana berterus terang.
biar hati terasa.
lebih enak kalau begini.
saya tak berdosa.
awak sakit hati.
saya peduli apa.

perasaan ini sama seperti kau beritahu suami kau
yang kau sering berzina dengan seorang posmen

"abang jangan berhenti mencintai saya kerana sekurangnya, saya tidak membohong"

solusi ?
jangan lakukan.
tak perlu simpan. tak perlu beritahu.
kan elok.
:)


demi Tuhan, post ini tidak ada kena mengena dgn sesiapa.
rakan, bekas rakan, hampir rakan.
sesiapa.
selagi tiada nama.

lihat tajuklah,
hikayat saya, bukan hikayat kau orang.

No comments:

Post a Comment